Sunday, November 15, 2009

Hari2 ku

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

rasanya dah lama sangat x update blog..
malas sgt..bz ngan tesis..exam lagi..masalah peribadi lagi..xsempat nk pk hal lain
ad seminggu je lagi masa bersama kawan2 kat sini
sedihnya..ak mesti rindu korang sume...love u all...
exam tinggal satu paper lagi..pasni da xde exam da sampai ble2..seronoknya
pasni ak akan masuk fasa yang baru dalam hidup..
hope everything gonna be okay..
dalam beberapa minggu x update blog ni..
mcm2 da berlaku...putus cinta, putus kawan
sume ad...macam2
skrg ak da jumpa insan baru..ak harap dia yang terbaik untuk ak...
nk ckp syg sgt xde la tp ble da serius syg dan komitmen tu mesti ada
yg penting sama2 jaga ikatan yang terjalin...
fokus ak skrg pada keja n fmly
harap2 semua akan ok

...wslm...

Wednesday, September 23, 2009

Raya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
arini dah hari raya yg keempat
Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada kawan2 semua
raya tahun ni cm besa je
xde sungguh2 pun nak sambut raya
bersederhana je
raya tahun ni paling x tenang
macam2 yg jadi
harap2 semua akan kembali ok
harap sgt..
rasa dah x tahan nak hadapi semua ni
mungkin ni dugaan yg aku perlu tempuhi
dan tuhan menjanjikan ganjaran yang terbaik kepada hambanya yang sabar
harap aku bleh bertahan
InsyaAllah..

...Wslm...

Monday, August 31, 2009

Merdeka...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini 31 Ogos 2009...dah 52 tahun Malaysia Merdeka
sepanjang 52 tahun ni jugak kita dh ada 5 Perdana Menteri
Syukur Alhamdulillah negara kita masih lagi aman damai walaupun banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini
Harap2 segalanya akan berjalan dengan baik
Tahun ni kita sambut merdeka dalam bulan puasa
Bagus sangat sebenarnya..
Sebelum ni sambutan merdeka dibuat dengan gilang gemilang..konsert disana-sini
tahun ni xseperti tahun2 lepas tapi masih tetap meriah
apa salahnya kita menyambut merdeka dengan membuat kenduri doa selamat dan bacaan Yassin..
kan itu lebih baik...
apa yang kita nikmati pada hari ini pun atas kurniaan Ilahi
jadi, x salah klau kita bersyukur kepadaNya atas pemberianNya
Tapi, apa yang dikesalkan..
sejak beberapa tahun ni..sambutan Merdeka disalah ertikan oleh anak-anak muda
bagi mereka merdeka adalah masa mereka membuat apa sahaja yang diinginkan
Ble malam merdeka je macam2 kes yang kita dengar..
parti bebas, pesta sex, lumba haram dan macam2 lagi la...
Harap2 kita semua akan sedar nikmat dan sebab tuhan memberi kita Kemerdekaan..

...wslm...

Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Diam x diam dah 5 hari umat Islam menyambut bulan Ramadhan..
Dalam 5 hari ni aku dah cuba pelbagai masakan untuk juadah buka puasa dan sahur..
harap2 bleh guna bila dah berumahtangga kelak..insyaAllah...
sepanjang puasa ni aku belum lagi balik bukak puasa kat rumah
insyaAllah klau xde aral esok atau lusa aku akan dapat bukak puasa kat rumah
rindunya nk bukak puasa kat rumah
kat sini keadaan agak tidak selesa. xseperti rumah kita sendiri
segalanya terbatas.segalanya kena fikirkan orang lain..
rindunya kat family....walaupun baru 2 minggu xjumpa
harap2 bulan puasa ni dapat mengeratkan silaturrahim antara manusia..antara aku dan kawan2 dan ngan keluarga
aku harap aku akan berubah dan ibadah aku diterimaNya
InsyaAllah...
Sama2 la kita pertingkatkan ibadah kita di bulan mulia ni
mana tau ini Ramadhan terakhir bagi kita semua
Kita xtau bila ajal akan menjemput kita semua
so, Selamat berpuasa
selamat berbuka puasa
selamat bersahur
dan selamat menjalankan sunat tarawikh..
...wslm...

Friday, August 21, 2009

Dugaan hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

rasanya dah lama x masukkan entry kat blog
dah hampir terlupa kewujudan blog ni..
kebelakangan ni agak sibuk dengan jadual kuliah dan tugasan2 yg blum diselesaikan.
dalam menjalani kehidupan ni, aku x terlepas daripada dugaan hidup
dugaan yg amat perit apabila kita menjadi mangsa balas dendam seorang kawan
sedihnya ble org yg kita anggap sebagai kawan menyakitkan hati kita dan membalas dendam atas apa yang kita tidak lakukan
nasib baik aku ada kawan dan keluarga yg sentiasa percaya dan menyokong aku setiap masa..
thanks kepada parents aku, kakak, adik, abg n kawan2 aku..dhila n My F..i love u so much..
pada mulanya aku memang sedih teramat..tp lepas tu aku sedar tuhan sentiasa menolong org yg lemah dan teraniaya..skrg aku sgt tenang dan aku langsung xde perasaan benci atau marah pada dia yg sakitkan hati aku dan mengugut aku..
aku tau Allah tu maha mengetahui, maha adil dan maha kuasa..
hanya kepadaNya aku berserah..
dan sekarang aku akan menjalani hidup aku dengan biasa tanpa air mata...
Ramadhan akan menjelang esok...Selamat berpuasa dan selamat berbuka...
bila tiba bulan puasa ni aku rindu sgt pada mak aku...terima kasih kerana sentiasa menyokong...

...wslm..

Sunday, June 21, 2009

Cuti Hampir Berakhir..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

tak lama lagi cuti semester akan berakhir..
dah x boleh main2 lagi, xleh bersantai cm sebelum ni
aku pun dah masuk tahun akhir..
apa yg dah aku dapat semasa cuti semester ni??
ntah la..satu apa pun xjalan..bersantai je 24 jam..
tesis belum lagi siap..puasa pun lum abis ganti..
itu la..asyik bertangguh je..
sepanjang cuti ni mcm2 aku dah buat...
aku ulang alik drive dari trg-phg..
aku ulang alik htr adik aku pegi sekolah..
aku temankan adik aku amik lesen kete..
pastu tiap2 ari pegi bandar..pas pusing bandar balik umah..xde keje tul..
tiap2 ari gak aku gaduh ngan adik aku yg bongsu..
disebabkan mak ayah aku asyik busy..
so, xde la sgt family trip pegi holiday..
yg last kitorang pegi telok cempedak 2 minggu lepas..
tu pun sambil menyelam minum air sebab kebetulan nk htr adik aku kat jengka n ayah aku lak kursus kat kuantan...
yang bestnya masa pegi TC, kitorang jumpa sorg artis tu..
dia berlakon citer ngan kanak2 kat astro ceria..kebetulan aku n adik2 aku tgk citer tu..
so, ktorg kenal la ngan pelakon tu..org len aku xtau la kenal ke x?sbb mak aku xkenal..pastu dia ckp lau abg tu artis, nama org x serbu..
agaknya ble la aku leh wat tesis ni???kenapa malas sgt ni???adoiiii
asyik nak happy2 je..
dalam cuti ni gak aku banyak merajuk ngan mak..
aku ni panas baran n jenis xske mintak maaf klau aku rasa aku betul..
so, aku merajuk la ngan mak sampai dia pujuk aku..jahat kan???
hope masa depan aku akan lebih berdikari dan xmanja2 dah...
cuti ni jugak..ramai org kawin dan bertunang..
salah seorangnya ialah kawan sekelas aku..
bila ada orang kawin, akan ada lah pertanyaan bila ko nak kawin lak??
kawin bukan matlamat terdekat aku..aku ada matlamat lain..
aku mungkin akan kawin selepas umur 26 tahun..itu yg paling awal..tp klau dah jodoh nk wat cmne kan???
aku nak keje dulu..klau x keje cmne nk bayar duit ptptn n duit ansuran kete?
xkan itu pun nk suruh mak ayah lagi..dan aku nk beli rumah...
habis pasal kawin yg ntah pape tu..
harap cuti yang tinggal 2 minggu je lagi ni akan diisi dengan perkara yg berfaedah..
...wslm...

sukarnya..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

sukarnya nk buat keputusan dalam hidup kan??
nk pilih apa yg terbaik untuk diri kita dan masa depan kita
apa je yang kita pilih akan menentukan perjalanan hidup kita dan orang2 di sekeliling kita
walau sepandai atau sehebat mana pun kita, kita xkan dapat lari dari membuat pilihan..
sukarnya hidup ni..hanya Allah swt sahaja yg tau apa yg akan terjadi pada masa depan
jika tersilap buat keputusan, meranalah seumur hidup kita nanti..
hidup akan menjadi bertambah sukar jika keputusan yang dibuat dengan drastik
jadi, kita perlu berfikir panjang sebelum membuat keputusan..
kepada sesiapa yang sedang membuat pilihan, pilih lah dengan sebaiknya..
ambik semua keadaan dan pendapat orang2 disekeliling kita..
berdoalah kepada Allah semoga diberikan petunjuk dalam membuat keputusan
lakukanlah solat sunat istikharah..
semoga apa yang kita pilih mendapat keberkatan olehNya...
...wslm...